syurGa itu indah...
Selain itu ramai yang dah tahu, betapa senangnya untuk kaum wanita masuk ke syurga, hanya 4 cara...iaitu melalui Solat, Puasa, Menjaga kemaluan dan taat pada suami...
Baca macam senang kan tapi hakikatnya semudah itu ke? Kena kuatkan iman dalam diri...
Solat - yang paling senang, namun paling malas.Lambat. Kadang-kadang rasa malu pada tuhan. Waktu susah tak pernah lupakan, tak sabar-sabar sembahyang dan minta doa..dan kadang-kadang bila senang..mudahnya kita lupa padaNya, Mudahnya aku melupakanMu YaTuhanku...Marilah kita saling mengingati.
Puasa- Yang ni, pun senang je ... sebenarnya... setahun sekali yang wajib...cuma kena ingat balik puasa tahun lepas dah ganti ke belum... dah nak puasa dah tak lama lagi...
Menjaga kemaluan - Insyaalah... yang nih semoga tak pernah terlintas di hati perempuan-perempuan didunia ini untuk menduakan suami sendiri...Mintak simpang yer...
Taat pada suami- yang nih pun senang cuma kadang-kadang susah sikit.. suami suruh buat air kopi... pergi buat air teh pulak.. tuh pun dah kira tak taat tau..hihihi .....