PAPRIK UDANG...
BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor udang bersaiz sederhana, dibersihkan
1/4 bahagian red capsicum, didadu
1/4 yellow capsicum, didadu
1/4 green capsicum, didadu
1 biji tomato, potong 8
10 tangkai sweet pea
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 pokok daun ketumbar, dikerat
2 helai daun limau purut
2 batang serai, dititik
2 ulas bawang putih, cincang halus
6 biji cili padi merah thai, diketuk
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Sedikit air
Secubit gula
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
BAHAN SOS :-)
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili thai
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar sos ikan
1 camca besar kicap manis
CARA MEMBUATNYA :-)
- Udang digoreng selama 30 saat, angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, serai dn bawang besar hingga wangi. Masukkan udang dan kacau rata.
- Masukkan capsicum (semua jenis), bahan sos dan juga air, kacau rata dan biar mendidih. Tambah daun limau purut dan sweet pea. Masak sekejap. Tambah cili padi dan daun ketumbar.
- Masuk sedikit gula dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan rasa, jika kurang masin boleh tambah sos ikan sedikit lagi. Angkat dan alih dalam bekas sesuai, tabut hirisan daun bawang sebelum dihidangkan....
1 ulasan:
11 Ogos 2011 pada 4:17 PTG
sedap je tgok aih...
Catat Ulasan